Selamat Tahun Baru 1429H
Sempena tahun baru Masehi & Hijrah ini,ramai diantara kita mempunyai resolusi yang inginkan kehidupan yang lebih baik pada tahun ini. Tidak terlalu lewat bagi Young Sultan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua. :)
Saya juga ingin kita semua perhatikan sebuah puisi tentang ilmu,cara pencariannya, cara pengambilannya dan bagaimana menilai serta mempertimbangkannya. Setiap hari kita berhadapan dengan informasi, baik dari media massa mahupun dalam kelas. Saya menginginkan kita semua mempunyai pandangan yang kritis sebelum kita boleh menerima sesuatu informasi yang baru kita perolehi itu. Cuba perhatikan puisi dibawah ini:-
Tidak jatuh martabat kita jika bertanya kepada
yang a’lamu
Pepatah kita, “Malu bertanya sesat jalan”, lupakah
kamu?
Itu ajaran Qur’an: fas alu ahla zikri inkuntum
la-ta’lamun.
Sesungguhnya bertanya tidak semudah yang
dianggap umum –
Pertama, kau harus insaf dan sedar akan
kejahilanmu akan sesuatu
Kedua, harus kenal pasti alim yang bakal
kaurujuk membantu.
Jangan dilihat kepada ayat-ayat hafalan yang lahir
dari lidahnya
Jangan terkesan dengan labuh jubah dan warna
janggutnya
Jangan terikat jaminannya memberi syurga di Sini
atau Sana
Tapi lihatlah penjelasannya tentang perkara asas
lagi penting
Kebolehannya menghurai, mengupas, menolak,
tidak melenting
Kesanggupannya mengamalkan ilmu, sederhana,
tidak sumbing.
Keberaniannya mempertahankan ilmu di depan
ahli, penguasa
Keadilannya meletakkan setiap sesuatu benar di
tempatnya.
Itulah neraca bukan rekaan khayalan hamba
Ijma hukama kita paling wibawa. Fahami jua.
Oleh: Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
p/s: Selamat Hari Lahir Nisa.
Labels: Tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home