Muslim & Aktiviti
Marilah kita sama-sama renungkan petikan dibawah ini yang saya tukil dari kenyataan S.S Dr Asri, Mufti Besar Perlis.
"Masyarakat hendaklah memikirkan kesan setiap aktiviti secara masak atau matang. Bagi seorang muslim, penglibatannya dalam apa-apa aktiviti pun, hendaklah dilihat kepada persoalan-persoalan berikut;
1. Apakah tujuan sesuatu aktiviti dan gerakan itu dilakukan?
2. Apakah nilaian tindakan tersebut di sisi al-Quran dan al-Sunnah?
3. Apakah kesannya terhadap umat Islam dan manusia keseluruhan jika dinilai secara adil dan ilmiah?
Janganlah kita sendiri tidak faham akan tujuan kita melainkan menjadi pengikut semata. Apakah tindakan atau cara yang kita ambil mendapat keizinan syarak dalam ertikata lain tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar?. Juga adakah memberikan kesan yang baik kepada umat Islam? ".
Mari kita mengerakkan minda kita & bertanya kepada diri kita beberapa soalan di atas yang saya rasa amat sesuai untuk kita gunakan sebagai panduan dalam kita mengendalikan aktiviti-aktiviti Young Sultan pada masa akan datang.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home