Sultan Youth - Dare to Da'wa

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatu to all brothers and sisters in Islam. We are the Sultan Youth from Sultan Mosque located in Singapore, Muscat Street. Welcome to our blog, a portal where we update everyone on our past and upcoming events. Check them out!

Sunday, July 6, 2008

Selamat Hari Belia

Isu belia, remaja, pemuda dan sebagainya sudah begitu sebati dalam kehidupan masyarakat kita. Seperti kita sedia maklum, zaman yang begitu gah adalah zaman remaja. Pada tika dan saat sebeginilah, belia-belia melalui pelbagai konflik akan berlaku dan mereka juga dalam pencarian. Pencarian dalam mengenali diri sendiri dan mencari identiti tersendiri. Kita dapat lihat belia-belia di luar yang mempunyai pelbagai ragam dan ‘style’. Tanpa mereka sedari, sebenarnya, mereka dalam proses mencuba satu ‘style’ ke ‘style’ yang lain.

Pada 6 July 2008 adalah Hari Belia. Maka artikel ini untuk tatapan belia-belia di luar sana. Sesungguhnya, Allah telah menjanjikan sesuatu yang istimewa bagi pemuda-pemudi yang mengikuti cara hidup yang berlandaskan syariah. Tidakkah anda merasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan dan khabar-khabar gembira untuk hamba-hambaNya yang bertaqwa? Tepuk dada, tanya iman anda!

حدثني ‏ ‏زهير بن حرب ‏ ‏ومحمد بن المثنى ‏ ‏جميعا ‏ ‏عن ‏ ‏يحيى القطان ‏ ‏قال ‏ ‏زهير ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن سعيد ‏ ‏عن ‏ ‏عبيد الله ‏ ‏أخبرني ‏ ‏خبيب بن عبد الرحمن ‏ ‏عن ‏ ‏حفص بن عاصم ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة عن النبي ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏قال :‏ ‏سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل وشاب نشأ بعبادة الله ورجل قلبه معلق في المساجد ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ورجل دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله ورجل تصدق بصدقة فأخفاها حتى لا تعلم يمينه ما تنفق شماله ورجل ذكر الله خاليا ففاضت عيناه. صحيح مسلم

Ertinya:

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: “Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah! Seorang yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang mengingati Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya.

p/s: Young Sultan ingin mengucapkan Selamat Hari Belia!

PICTURE FROM http://www.flickr.com/photos/seavm11/1344446087/

el-mukhlisah:

Nurhazwani

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home