Kekuatan Sebuah Doa
Semasa menghadiri sesi teh tarik yang pertama, bro Mustapha ada berkongsi cerita mengenai doa yang saya rasa patut saya kongsi bersama dalam blog ini.
Bro Moose, mengatakan kalau dari sudut psikologi, doa ini semacam “self-talk”. You talk to yourself, to boost your morale. If you noticed, the obvious is from the sportsman. Beliau juga mengatakan yang kita sebenarnya beruntung. Kenapa? Ini disebabkan dalam sehari kita mempunyai sekurang-kurangnya 5 waktu untuk berdoa. Bermohon untuk kebaikkan diri sendiri dan masyarakat secara amnya. Berapa ramai ya dari kita melapangkan masa mungkin seminit dua untuk bermunajat kepada ALLAH?
Secara tidak langsung agama Islam telah mengajarkan kita bahawa dengan berdoa kita akan mampu merubahkan bukan sahaja kehidupan malah ketentuan kita. Doa adalah senjata orang beriman. We do not need to go for yoga classes to relax ourselves. Prayers and doa is sufficient for us- the physical and spiritual aspects of one life.
Kita mungkin menganggap bahawa doa ini adalah salah satu “ritual” dalam solat. Dan kita juga menganggap dua adalah jalan terakhir apabila segala usaha kita tidak menampakkan hasil. Pemikiran seperti ini salah sama sekali dan mungkin tidak keterlaluan jika saya mengatakan pemikiran di atas ini sempit.
“Dua is conversation with Allah, out Creator, our Lord and Master, the All Knowing, the All Powerful. This act in itself is of extraordinary significance. It is the most uplifting, liberating, empowering, and transforming conversation a person can ever have. We turn to Him because we know that He alone can lift our sufferings and solve our problems. We feel relieved after describing our difficulties to our Creator. We feel empowered after having communicated with the All Mighty. We sense His mercy all around us after talking to the Most Merciful. We get a new commitment to follow His path for that is the only path for success. We feel blessed with each such commitment.”
(article from khalid baig)
Dalam apa perkara yang kita lakukan, seharus nya kita mulakan dengan doa dan mengakhiri dengan doa juga. Di antara kedua-dua doa itu kita sertakan dengan berkat usaha kita. Kerana doa sahaja tidak mencukupi. InsyaALLAH apa yang akan kita lakukan dan kita impikan akan menjadi kenyataan.
Yakinlah bahawa tiada doa yang terlalu kecil atau besar di sisi ALLAH. Berdoalah semasa kita dalam keadaan senang mahupun susah. Berdoalah untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita, guru kita dan seluruh umat Islam secara amnya. Berdoalah untuk kebaikkan di dunia dan akhirat.
Gambar di ambil dari iluvislam.com
Labels: Tazkirah
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home