Sultan Youth - Dare to Da'wa

Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatu to all brothers and sisters in Islam. We are the Sultan Youth from Sultan Mosque located in Singapore, Muscat Street. Welcome to our blog, a portal where we update everyone on our past and upcoming events. Check them out!

Friday, March 28, 2008

Friday Sermon 28/3

Let us follow the examples of the prophet in doing good and bringing blessings and compassion to all.


Monday, March 24, 2008

Code Name: I Love Teh Tarik (1st session)


For the first time ever, Young Sultan will be having monthly gathering for all. Regardless of race and it is open to all.


With the code name given, "I love t
eh tarik", you will expect free flow of teh tarik drinks and insyaALLAH a fruitful sharing experience for all. Of cos, we will be having this session at a very leisure way. When will this be?


This Saturday, 29 March 08.
Where? Multi Purpose Hall (To be reconfirm the venue)
Time? 1.45pm


We'll be having invited speaker to share with us a short tazkirah, activities to further enhance the bonds among us.


Things to bring
1) Working watch so you be punctual
2) Open mind


SEE YOU THERE...

Monday, March 10, 2008

Nilai Sebuah Kesyukuran



Minggu lepas, saya melihat sebuah dokumentari di tv mengenai sebuah keluarga yang terpaksa bergelumang di dalam ribut salji selama 9 hari tanpa makanan dan perkakas yang secukupnya. Keluarga itu terdiri dari seorang ayah, ibu dan seorang bayi kecil yang masih menyusu.


Dapat dilihat, betapa sukar sekali untuk hidup dalam cuaca paras -17 celcius. Dengan salji di paras lutut amat payah untuk bergerak. Keluarga ini tidak berputus asa malah mereka tetap berusaha untuk bertahan dan cuba mencari jalan raya menuju ke pekan yang berdekatan. Malang sekali, setelah berjalan beribu2 batu, mereka telah tersalah arah. Mereka sepatutnya menuju ke selatan tetapi telah ke utara. Si Ibu berasa hiba dan hampir berputus asa. Pada masa itu mereka berasa hairan kenapa bayi mereka tidak menangis. Dengan rasa berdebar-debar, si Ayah membuka beg yang melindungi bayi tersebut. Alangkah lega mereka, bayi mereka masih bernyawa. Si ayah sebagai ketua keluarga terus meneruskan kecekalannya sambil berkata kepada isterinya,” Marilah kita teruskan usaha kita & jangan berputus asa”.


Mereka bertiga kemudian berpatah balik menuju ke arah selatan. Dalam perjalanan tersebut, mereka berhadapan dengan rebut salji yang amat buruk sekali. Mereka terpaksa melalui jalan berdekatan dengan pohon-pohon yang hanya tinggal rangka. Esok harinya, si isteri tidak dapat meneruskan perjalananya. Kakinya terlalu lemah. Si suami kemudian cuba mencari gua untuk berteduh sementara waktu. Di dalam gua tersebut, si suami bercadang untuk meninggalkan keluarganya untuk meminta bantuan. Si isteri berasa amat hiba & khuatir bahawa mereka akan berpisah untuk selamanya. Dengan berat hati, si suami berpisah dengan keluarganya. Beliau teruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang. Semasa melihat situasi ini, teringat saya tentang kisah Nabi Ibrahim a.s. yang terpaksa meninggalkan isteri & anaknya di padang pasir yang panas dan gersang yang tidak mempunyai apa2. Sama situasi, yang berbeza hanya zaman & keadaan.

Si isteri hanya dapat bertawakal & tidak dapat mengagak apa yang terjadi esok hari. Adakah mereka akan masih hidup ataupun ini lah saat-saat terakhir mereka. Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya melebihi lautan yang menyeliputi bumi ini. Si ibu tersebut mengambil sebuku ais yang kemudian di masukkan ke mulutnya untuk dicairkan. Kemudian beliau menitis ais yang telah cair itu kepada mulut anaknya sebagai sumber air. Teringat lagi saya kepada kisah Siti Hajar r.a. yang berlari ke arah dua bukit yang berdekatan untuk mencari air untuk anaknya.


Selang 2 hari kemudian, si isteri terdengar bunyi jentera. Rupa-rupanya orang kampung datang untuk menyelamatkan mereka. Mereka diberi sebuah oren dan si isteri berkata sambil mentitiskan air mata, “ Alangkah nikmatnya dapat makan sebuah oren ini & terima kasih kepada anda semua. Terima Kasih.”


Si isteri dan bayi kecil nya di bawa ke hospital di mana mereka dapat bertemu kembali dengan si suami. Akhirnya, kedua-dua jari kaki si isteri dan si suami terpaksa di potong disebabkan darah yang telah beku.


Tiada kata yang terucap hanya gerakan mata dan rasa bersyukur kerana dapat bertemu kembali sebagai satu keluarga.


Cerita ini membuatkan saya terfikir apakah cukup rasa syukur saya terhadap Allah selama ini. Dikurniakan negeri yang aman, dikurniakan pekerjaan yang baik, dikurniakan keluarga yang penyayang. Ditimpa sedikti kesusahan, saya sudah mengeluh. Apakah telah cukup rasa syukur saya selama ini? Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri tentang nilai sebuah kesyukuran.


Gambar dipetik dari Azli Jamil.